Friday, January 21, 2011

MERINGKAS KENDIRI 1 :

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah pengawalan kenaikan harga barang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebiasaannya, setiap kali menjelang musim perayaan, harga barangan keperluan dapur akan naik berikutan permintaan dikatakan tinggi daripada pengguna. Para peniaga akan memberikan seribu alasan untuk membolehkan mereka menaikkan harga barangan keperluan, seolah-olah sudah menjadi suatu kemestian higga akhirnya para pengguna akan menanggung beban.
Sewajarnya hal ini tidak berlaku dan menjadi tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan budaya menaikkan harga barangan sesuka hati, terutama barangan kawalan tidak lagi berlaku setiap kali musim perayaan. Oleh itu, pemantauan lebih kerap perlu dilakukan dan dijalankan secara berterusan agar peniaga yang cuba mengaut ikan di dalam air keruh ini akan mendapat pengadilan yang sewajarnya.
Bagi memastikan harga barangan kawalan dijual pada harga siling seperti mana yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP, orang ramai diseur menjadi mata dan telinga kementerian itu dengan membuat laporan jika ada peniaga yang menaikkan harga barangan tersebut. Tindakan tegas sebegini perlu dilaksanakan agar mentality peniaga yang menganggap musim perayaan itu sebagai peluang kepada mereka untuk menaikkan harga barangan keperluan dengan pelbagai alasan tertentu terus dibendung.
Para peniaga yang juga sebagai pengguna atau ahli keluarga terus memahami akan bebanan orang ramai, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah jika barangan keperluan harian dinaikkan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Kemungkinan sudah sampai masanya KPDNHEP mengenakan hukuman penjara terhadap peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga 1946 yang memperuntukkan denda sehingga RM15 000.00 atau dua tahun penjara selain mengenakan kompaun maksimum RM25 000.00.
Apa yang penting, semua masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan tidak terus berada dalam kesusahan setiap kali menjelang musim perayaan. Justeru, talian bebas tol 1 800 886 800 begin_of_the_skype_highlighting              1 800 886 800      end_of_the_skype_highlighting atau khidmat pesanan ringkas (SMS) 32255 juga perlu dipastikan benar-benar berfungsi agar kewujudannya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, September 2007)

No comments:

Post a Comment