Thursday, February 17, 2011

Perkasa Bahasa Siri 1

Bina ayat dengan perkataan yang di bawah ini:

(i) hadiahi
(ii) hadiahkan
(iii) dihadiahi
(iv) dihadiahkan
(v) menghadiahi
(vi) menghadiahkan

Tukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i) Rumah yang baru dibeli oleh beliau dilengkapi oleh pelbagai perabot yang mahal dari luar negara.
(ii) Saya akan mengirimi Suhana yang tinggal di Brunei sepucuk surat.

Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk

1.Kita mesti bertolak sekarang . Hari semakin gelap. Tempat perkehemahan itu masih jauh.

Thursday, February 3, 2011

MELENGKAPKAN MAKLUMAT YANG SESUAI

Soalan:
Isi tempat kosong dengan perkataan, rangkai kata, slogan atau peribahasa yang sesuai.

Di negara kita, kes kemalangan jalan raya semakin menjadi-jadi (1) ____ _____ ______ ______ ______ terutamanya pada musim perayaan. Statistik kes (2) _______ di jalan raya ini terus meningkat dari setahun ke setahun. (3) _______ ini menyebabkan pengguna jalan raya mengalami kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh itu, semua pihak mestilah mengambil langkah yang (4) ________, iaitu (5) ______ _____ ______ untuk mengurangkan musibah ini.

Salah satu usaha yang perlu dilakukan ialah setiap pengguna jalan raya perlulah sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Mereka mestilah berpegang pada prinsip (6) `______ _______ ______, ______ ______ ______’. Sebagai contohnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mematuhi setiap papan-pan tanda yang terdapat di sepanjang jalan raya. Jika sikap ini diamalkan, kemalangan jalan raya sudah tentu dapat dielakkan.

Selain itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mematuhi undang-undang dan peraturan di jalan raya. Anak-anak perlu diberi pendedahan tentang keselamatan jalan raya sejak kecil kerana jika (7) ______ _______ ______ ________ _______ _______ . Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah melarang anak-anal mereka yang tidak mempunyai lesen motosikal untuk menunggang motosikal. Melalui cara ini, mereka tidak akan mendedahkan diri kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Seterusnya, pihak swasta juga perlulah membantu kerajaan untuk mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan diri dan keselamatan orang lain ketika berada di jalan raya. Sebagai contohnya, pihak sekolah memandu atau media massa hendaklah mempergiat kempen ini di surat khabar atau di televisyen.. Tegasnya, kempen kesedaran keselamatan di jalan raya ini dapat mendidik masyarakat untuk (8) ______ _______ ______ _________.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan semua undang-undang yang ada tanpa (9) _______ ________ bagi mengurangkan kecelakaan di jalan raya. Apabila disaman, pemandu akan berasa serik untuk mengulangi kesalahan tersebut kerana (10) ______ ______ _______ _______ _______ _____. Sebagai contohnya, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berat, mereka hendaklah dikenakan denda maksimum sejumlah RM300.00. Melalui cara ini, rakyat akan dididik supaya menghormati undang-undang di jalan raya.

Sebagai kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa kerana (11) ______ ______ _______. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama (12) _____ _______ ________ ________ untuk menangani kes ini. Jika kes ini tidak ditangani dengan segera, banyak anggota keluarga akan kehilangan nyawa atau (13) _______ ________ dengan cara yang sia-sia. Oleh hal yang demikian, kita mestilah mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna yang lain supaya kita tidak menyesal kemudian hari kerana(14) _______ ______ ______ ______ ______ _____ ______. Jadi, slogan yang diuar-uarkan oleh kerajaan, iaitu (15) `______ ______ _______ ________” hendaklah menjadi pedoman kepada kita semua.

Monday, January 24, 2011

RUMUSAN KENDIRI 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat mumi kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.
Untuk mengatasi masalah ini(kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin) Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam ditenma di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini. Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. lbu bapa dan orang aware boleh membuat aduan tentang masalah disiplin mund. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelaj aran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib j ika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelaj aran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.
Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenamya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
`Realiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar'
oleh Noor Khairiyati Mohd. Ali, Dewan Masyarakat, April 2005)

Friday, January 21, 2011

MERINGKAS KENDIRI 1 :

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah pengawalan kenaikan harga barang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebiasaannya, setiap kali menjelang musim perayaan, harga barangan keperluan dapur akan naik berikutan permintaan dikatakan tinggi daripada pengguna. Para peniaga akan memberikan seribu alasan untuk membolehkan mereka menaikkan harga barangan keperluan, seolah-olah sudah menjadi suatu kemestian higga akhirnya para pengguna akan menanggung beban.
Sewajarnya hal ini tidak berlaku dan menjadi tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan budaya menaikkan harga barangan sesuka hati, terutama barangan kawalan tidak lagi berlaku setiap kali musim perayaan. Oleh itu, pemantauan lebih kerap perlu dilakukan dan dijalankan secara berterusan agar peniaga yang cuba mengaut ikan di dalam air keruh ini akan mendapat pengadilan yang sewajarnya.
Bagi memastikan harga barangan kawalan dijual pada harga siling seperti mana yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP, orang ramai diseur menjadi mata dan telinga kementerian itu dengan membuat laporan jika ada peniaga yang menaikkan harga barangan tersebut. Tindakan tegas sebegini perlu dilaksanakan agar mentality peniaga yang menganggap musim perayaan itu sebagai peluang kepada mereka untuk menaikkan harga barangan keperluan dengan pelbagai alasan tertentu terus dibendung.
Para peniaga yang juga sebagai pengguna atau ahli keluarga terus memahami akan bebanan orang ramai, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah jika barangan keperluan harian dinaikkan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Kemungkinan sudah sampai masanya KPDNHEP mengenakan hukuman penjara terhadap peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga 1946 yang memperuntukkan denda sehingga RM15 000.00 atau dua tahun penjara selain mengenakan kompaun maksimum RM25 000.00.
Apa yang penting, semua masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan tidak terus berada dalam kesusahan setiap kali menjelang musim perayaan. Justeru, talian bebas tol 1 800 886 800 begin_of_the_skype_highlighting              1 800 886 800      end_of_the_skype_highlighting atau khidmat pesanan ringkas (SMS) 32255 juga perlu dipastikan benar-benar berfungsi agar kewujudannya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, September 2007)